Saturday 1 October 2011

Sukaneka PASTI Kuala Nerus

Hari ini, saya berpeluang untuk meluangkan masa untuk menghadirkan diri ke Program Sukaneka PASTI Kuala Nerus. Kehadiran saya di sana adalah tidak lebih sebagai memberi sokongan kepada anak saya yang belajar di salah sebuah PASTI di Kawasan Kuala Nerus. Tiada jemputan khusus melainkan hanya jemputan kepada ibubapa/penjaga pelajar sahaja.

Sukaneka tersebut diadakan di Padang Bola Banggol Peradong. Apa yang saya cuba sampaikan di sini ialah kemeriahan yang ditunjukkan oleh petugas, cikgu-cikgu Pasti, murid-murid Pasti dan juga ibubapa/penjaga. Kehadiran pengunjung adalah begitu mememuaskan di samping cuaca yang amat-amat sesuai dengan program yang dijadualkan selama setengah hari tersebut.

Terharu dan teruja! Itulah perasaan saya. Manakan tidak, kejayaan mengadakan program sedemikian rupa bukanlan sesuatu yang mudah untuk dilaksanakan, tambah-tambah lagi dari segi kewangan. Walaupun saya tidak dimaklumkan berkaitan dengan perbelanjaan yang terlibat, sebagai ibubapa sedikit sebanyak saya dapat memahami. Akan tetapi, pihak penganjur melalui pengerusi PASTI Kawasan Kuala Nerus bijak melaksanakan tanggung-jawab dan amanah. Kekangan kewangan bukanlah suatu penghalang untuk merialisasikan dan menjayakan program sebesar itu.

Program sedemikian amat penting, bukan sahaja sebagai menunjukkan keakraban hubungan antara pelajar, guru-guru dan pendidik PASTI, tetapi jauh dari itu ialah kesan yang amat mendalam kepada pendokong dan penyokong PAS bahawa, sekiranya diberi peluang dan ruang untuk menganjurkan program sukaneka, suasana akan jauh lebih meriah jika sumber kewangan adalah mencukupi.

Hatta, dalam keadaan serba sendirian, penganjur telah berjaya memastikan setiap peserta terutamanya murid-murid Pasti tetap akan diberikan hadiah samada mereka menang atau kalah dalam pertandingan yang mereka libatkan dalam sukaneka tersebut.

Di sini sekali lagi jelas bahawa, bagi penganjur, perbezaan fizikal hadiah yang diberikan bukanlah perkara pokok, namun, yang lebih penting ialah keinginan untuk melihat kerjasama yang mantap antara pelajar dan cikgu serta ibubapa yang hadir.

Di samping acara-acara khusus untuk murid-murid, penganjur juga tidak ketinggalan untuk memberikan satu slot khusus untuk pertunjukan seni silat gayung. Pelbagai lapisan peserta telah membuat pertunjukkan dan di sini juga menampakkan bertapa penganjur juga amat peka kepada sukan-sukan tradisi orang Melayu, asalkan ianya tidak bercanggah dengan syariat Islam itu sendiri. Ramai yang terpegun dan terpesona melihat pertunjukan sukan tradisional ini.

Secara ringkasnya saya amat terpanggil untuk menulis slot ini di ruang MTD PAS Manir, bukanlah bersandarkan apa-apa niat dan hajat, cumanya bagi saya yang amat baru di Negeri Terengganu ini, begitu teruja dengan kesungguhan Pemuda PAS Kawasan Kuala Nerus dan saya juga mengharapkan pada masa-masa akan datang saya juga diberi peluang untuk bersama Pemuda PAS Kawasan Hulu Terengganu utnuk program yang seperti ini.

Kepada Pemuda PAS Kuala Nerus, khususnya Pengerusi PASTI Kawasan dan AJKnya, sekalung tahniah saya ucapkan dan semoga apa yang anda semua sumbangkan akan menjadikan satu amalan baik yang diterima oleh Allah swt.

0 comments:

Post a Comment

 
Design by Wordpress Theme | Bloggerized by Free Blogger Templates | coupon codes