Friday 15 July 2011

RM24 juta atau USD24 juta?

Mai sini kita pakat tengok, Tak kiralah sama ada USD atau RM. Yang pastinya penerima cincin bertatahkan berlian (bukan bertatah lagi, malah bersalut berlian).




Wednesday 13 July 2011

Maaf Najib, Sudah Agak Terlewat

Tanggal Sabtu, 9hb Julai 2011 sudah menjadi sebahagian dari sejarah lipatan sejarah untuk keseluruhan warganegara Malaysia. Penafian demi penafian yang disuarakan oleh Najib dan pentadbirannya langsung tidak memberi kesan kepada apa yang sudah dilakukan terhadap manusia-manusia yang tidak bersalah. Berkali-kali sudah dinyatakan bahawa hajat untuk berhimpun secara aman adalah hak mutlak yang termaktub di dalam perlembagaan persekutuan Malaysia.

Namun Najib merasakan dirinya terlalu amat berkuasa sehinggakan dia dengan rakusnya menggunakan segala kekuasaan yang ada untuk melakukan kekerasan terhadap orang-orang awam. Diberitakan polis telah menyediakan lebih daripada 150 orang juragambar dari kalangan pegawai polis sendiri untuk merakamkan sebanyak mungkin peristiwa yang berlaku disepanjang peristiwa 9 Julai 2011. Najib memang dangkal ilmu. Memang cetik ilmu. Memang tidak cerdik. Tidak seperti Rosmah Mansor, manusia yang bijak mengambil peluang dan kesempatan untuk meraih apa juga yang dapat memuaskan nafsu serakahnya.

Najib dikelilingi oleh penasihat-penasihat yang dayus dan pengecut. Ditambah lagi Najib meletakkan sepupunya Hishamudin Tun Hussain untuk melindungi tingkah-laku curangnya yang begitu yakin bahawa Menteri Dalam Negeri di bawah sepupunya itu dapat bukan sahaja membendung kemaraan rasa marah rakyat, malah Najib yakin menteri "aaw-aaw" itu dapat menghapuskan terus cita-cita rakyat untuk menganjurkan Himpunan Bersih 2.0 tempohari.

Logiknya, sebagai seorang yang kurang ilmu, dia akan menggunakan nama atas kekuasaan yang diberikan kepadanya dan sebagai seorang yang lemah seperti pondan akan menggunakan apa jua kekuatan fizikal milik orang lain untuk menunjukkan kekuasaan dan kekuatan mereka. Habis segala kekuatan Polis dan FRU sebagai soldadu dan tembok penghalang kepada kemaraan rakyat.

Najib dan Hishamudin lupa bahawa bukan sekali, bukan dua kali malah sudah tidak terbilang kekerapan demosntrasi aman yang dilakukan oleh rakyat. Setiap kali demonstrasi aman dilakukan, maka setiap kali jugalah kedua-dua beradik itu memejamkan mata dan telinga dari melihat dengan mata kepala sendiri bahawa rakyat yang berdemo tidak takut dengan gas pemedih mata, air-air gatal mahupun "cortal" serta sepak terajang "but besi" anggota polis dan FRU.

Kesan dari kerakusan Najib pada hari demonstrasi aman itu, kecerdikan dan ketangkasan 150 orang jurukamera pegawai polis gagal dengan kehebatan jurukamera para peserta demonstrasi. Maka berkatalah Menteri Pondan Dalam Negeri bahawa Polis mempunyai cukup bukti bahawa polis tidak melakukan kekerasan di dalam proses menyuraikan peserta demonstrasi. Katanya lagi sebarang provokasi peserta demonstrasi telah dirakamkam sebaik mungkin dan akan didedahkan kepada umum sebagai bukti.

Itulah pernyataan yang terpacul keluar dari mulut orang yang kurang ilmu dan bertopengkan kelakuan pondan dan setiap gerak geri dan kata-kata.

Ternyata senjata telah makan tuan!

Belum pun sempat demonstrasi aman bersurai, telah perpampan di sani sini melalui media-media elektronik, samada berbentuk sms, mms, video, Youtube dan pelbagai bentuk imej yang canggih tersebar, bukan setakat di Malaysia tetapi sudah tersebar keseluruh dunia. Sesungguhnya, menteri-menteri Najib, samada menteri dalam negeri mahupun menteri komunikasi & multimedia seakan terlupa bahawa, ini adalah era komunikasi tanpa sempadan.

Jesteru, apakah yang mampu diperkatakan oleh Najib sedangkan pemimpin besar dunia dan pertubuhan-pertubuhan antarabangsa telah menyelar dengan hebat kelakuan ganas para soldadu Najib. Pemimpin dunia merasa hairan kenapa negara seperti Malaysia yang menggaotai Suruhanjaya Hak Asasi Manusia yang selalunya lantang menyuarakan bantahan ke atas setiap kekasaran yang berlaku di luar dari negara Malasyia, sedangkan di negara sendiri kekerasan dan hak asasi rakyat seperti perhimpunan aman BERSIH 2.0 dinafikan sekeras-kerasnya.

Apapun itu semua telah berlalu. Kini rakyat hanya menunggu sahaja reaksi dari pentadbiran Najib.

Mutakhir ini, kelihatan Najib menggunakan khidmat manta Perdana Menteri "Tidur" Malaysia untuk sekurang-kurangnya membenarkan perancangan jahatnya. Akan tetapi, waema apa sekali pun yang cuba Najib lakukan sekepas ini, rakyat terbanyak masih menunggu tuntutan BERSIH 2.0, bukan sebahagian, tapi semuanya mesti tertunai dan terlaksana tanpa terkecuali.

Pisau dan mentimun di tangan Najib. Reputasi Najib sebagai Perdana Menteri yang selalu mendahulukan kesusahan kepada rakyat terbanyak sudah hampir reput. Tiada lagi ubat yang mujarab untuk menyembuhkan luka di hati rakyat yang terbanyak. Sekiranya ada, hanya satu sahaja. Najib Mesti menerima tanpa bersyarat segala 8 tuntutan BERSIH 2.0.

Sekiranya itu dilakukan, maka Najib akan berjaya memulihkan sebahagian imej kotor pentadbiran beliau. Jeragat kalau sudah melekat, memang tidak dapat dihapuskan kesemuanya!

Tuesday 12 July 2011

Seronoknya Jadi Isteri Perdana Menteri Malaysia

Kita sering mendengar kemewahan seorang isteri kepada Pembesar Negara di Asia Tenggara di era kemuncaknya pada sekitar tahun 80an. Beliau adalah Puan Imelda Marcos. Mendiang terkenal dengan kemewahan hidup sebagai Wanita Pertama Filipina. Terlalu mewah dan ketika itu adalah kemuncak tampuk pemerentahan Presiden Ferdinan Marcos. Kekuasaan Marcos terlalu dominan sehinggakan pada satu-satu masa rakyat merasakan mendiang adalah Presiden Pertama. Mendiang mempunyai segala macam kemewahan termasuk pakaian dan juga eksessori seorang wanita. Itu adalah 20 tahun yang lepas.

Kini senario tersebut sudah merebak atau terbawa-bawa ke Malaysia. Berbeza dengan Filipina, Malaysia adalah pemerentahan Beraja di mana Agung dan Permaisuri adalah tonggak pemerentahan Negara Malaysia manakala Perdana Menteri hanyalah sebagai pentadbir sahaja. Akan tetapi apa yang berlaku sudah terbalik. Datin Sri Rosmah Mansor telah dengan sendirinya menamakan atau melantik beliau sebagai Fisrt Lady Of Malaysia (FLOM) tanpa segan silu lagi. Sudah beberapa kali pertemuan dengan isteri-isteri pembesar negara luar yang memang bergelar First Lady diadakan. Tidak terkecuali, pertemuan itu juga telah diadakan di Kuala Lumpur dalam tahun ini juga.

Tidak habis setakat mengaku sebagai FLOM, Rosmah juga teramat suka berbelanja dengan eksesori yang mahal-mahal. Barangkali untuk menzahirkan diri beliau sebagai FLOM.

Persoalan yang timbul di sini ialah bukanlah untuk menafikan taraf sebagai seorang FLOM. Akan tetapi, yang peliknya ialah cara beliau berbelanja dan membeli segala macam pehiasan yang mewah-mewah. Ada saja sesuatu yang mahal-mahal dibelinya. Telah banyak pendedahan-demi pendedahan dilakukan oleh para blogger. Namun tiada yang terkesan pada seorang insan yang bernama Rosmah Mansor. Beliau seolah-oleh terlalu kebal. atau beliau sudah immune dengan situasi begini.

Ironiknya, rakyat dipaksa untuk berikat perut siang dan malam. Segala macam barangan keperluan naik tanpa kawalan. Subsidi dilupuskan.

Untuk melihat bertapa Rosmah Mansor sesuka hati berbelanja mewah tanpa menghirau akan keperitan rakyat, maka mari kita lihat berita selanjutnya DI SINI dan DI SINI 

Nilailah sendiri. Inilah satu lagi slogan 1Malaysia. Rakyat yang didahulukan dengan segala macam beban dan masalah.


Monday 11 July 2011

Sambutan Kepulangan Wira Rakyat TGHA di LTSM

Lapangan Terbang Sultan Mahmud - Hari ini sekali lagi Warga Malaysia dipertontonkan gerakan gelombang rakyat yang tercetus hasil dari Perhimpunan BERSIH 2.0 yang diadakan di Kuala Lumpur 2 hari yang lepas. Hari ini Tuan Guru Dato' Presiden PAS telah diberikan sambutan kepulangan yang luar biasa dengan ribuan rakyat membajiri bukan sahaja perkarangan Pakir Lapangan Terbang, malah telah melimpah ruah membanjiri seluruh kawasan lapang yang berhampiran dengan Lapangan Terbang.

Sewajarnya sambutan kepulangan Wira Rakyat ini yang diusahakan oleh Badan Perhubungan PAS Terengganu diberi liputan yang meluas. Suasana sesak dengan penyokong dan pencinta keamanan serta demokrasi telah bermula seawal sebelum solat Maghrib. Saya yang kebetulan tinggal berhampiran dengan Lapangan Terbang telah membuat beberapa tinjauan sekitar jam 6 petang lagi. Sewaktu jam menghampiri 7.00 petang, seperti biasa Polis telah membuat 3 sekatan jalan raya yang menuju ke LTSM, bermakna kesemua jalan telah "disekat".

Selepas sahaja menunaikan solat maghrib saya bergegas ke LTSM dan jalan telah mula sesak dengan kebanjiran penyokong untuk menyambut kepulangan Wira. Terpampan di Skrin TV LTSM, pukul 2040 adalah jadual pendaratan MAS yang membawa pulang Wira Rakyat. Keadaan telah mula sesak. Begitu sesak sewaktu menghampiri jam 2030. Di ketika itu Kain Rentang dinaikkan dan laungan TAKBIR bergema.

Sejurus selepas pendaratan MAS pada 2040, Tok Guru telah keluar dari balai ketibaan dan laungan TAKBIR makin lantang dan bergema. Pentas untuk Ucapan telah disediakan dan Pesuruhjaya PAS telah membuat ucapan aluan menyambut ketibaan Wira Rakyat ini. Dalam ucapan ringkas Pesuruhjaya PAS menyatakan kewajaran TGHA dinobatkan sebagai Wira Rakyat adalah kerana tidak pernah ada dalam sejarah, Presiden PAS ditangkap oleh pihak pemerintah.

Ucapan ringkas Pesuruhjaya PAS disusuli dengan Ucapan TGHA dengan menggunakan pembesar suara HAILER sahaja tapi cukup jelas untuk mesej disampaikan kepada rakyat yang hadir. Sama sepertimana yang diucapkan sebelum dan selepas beliau ditangkap oleh pihak polis, TGHA konsisten dalam menyampaikan mesejnya bahawa, UMNO dan Barisan Nasional mesti mendengar suara dan kemahuan rakyat. Ianya lebih menjurus kepada sistem pilihanraya yang adil. Peringatan demi peringatan diberikan oleh TGHA terhadap kepimpinan UMNO dan BN.

Beliau terus menerus mengulangi pendirian beliau bahawa, ini hanyalah mukaddimah kebangkitan rakyat. Sekiranya suara-suara dan permintaan ini diingkari, maka UMNO dan BN tunggulah gelombang yang lebih besar lagi malah gelombang-gelombang yang mendatang akan memastikan keseluruhan Negeri Terengganu akan dibersihkan secukupnya dari pemimpin yang kotor dan korup.

Setelah selesai memberikan ucapan yang memberi erti semangat perjuangan, TGHA mengakhiri ucapan beliau dengan membacakan doa orang-orang yang dizalimi.

Sebelum daripada itu, pengerusi majlis ada menyatakan bahawa pada 15/7/2011 ini akan diadakan sekali lagi perhimpunan meraikan wira-wira rakyat yang ditangkap semasa perhimpunan BERSIH 2.0 baru-baru ini kira-kira 200 orang.

Majlis bersurai dengan aman dan pihak polis serta pengurusan Lapangan Terbang Sultan Mahmud memberikankerjasama yang cukup baik.

Sunday 10 July 2011

Liku-Liku Penyertaan Perhimpunan BERSIH 2.0 - Satu Catatan

Manir - Majlis Tindakan DUN (MTD) Manir tidak ketinggalan menyertai perhimpunan BERSIH 2.0. Ada sebahagian peserta yang bertolak seawal sehari sebelum hari berlakunya perhimpunan dan ramai juga yang bertolak pada malam hari sebelum kejadian. Peneyertaan memang tidak dirancang secara ampuh, namun semua yang menyertai saling berhubungan melalui panggilan tetefon bertanyakan keadaan dan suasana di sepanjang perjalanan.

Rombongan kami yang diketuai sendiri oleh Pengerusi MTD Manir, Tuan Hj Yusof Embong dan juga Timbalan Pengerusi MTD, Tuan Hj Shamsul bertolak agak lewat berbanding dengan sebahagian besar rakan-rakan yang lain di atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan. Rombongan kami bermula dari Lapangan Terbang Sultan Mahmud sekitar jam 10 malam. Seperti dijangka, tiada laluan mudah untuk ditempuhi walau jalan mana pun kami gunakan. Seawal Jerangau lagi, kenderaan kami telah ditahan dengan pelbagai soalan bodoh dari petugas sekatan jalan.


Kami melepasi halangan yang pertama dengan senyuman dan ketawa kerana mengenangkan bertapa petugas-petugas sekatan jalanraya memang melakukan kerja dengan menggunakan skrip yang diarah oleh ketua pemerentah yang bodoh. Di sepanjang perjalanan panggilan-panggilan telefon terus bersahutan tanpa henti dan seterusnya kami melewati sekatan yang kedua di pintu masuk Tol Bentong. Saya hanya boleh gambarkan bahawa satu rusuhan yang amat dahsyat akan berlaku di Kuala Lumpur. Begitulah suasana yang dapat dijangka dengan dibarisi petugas-petugas yang lengkap dengan senjata perang hanya bagi mengawasi lalu-lintas. Kenderaan kami diarahkan berhenti untuk pemerksaan rapi dan kami diarah untuk mengeluarkan dan menyerahkan kad pengenalan ke semua penumpang. Ironiknya, kesemua 7 orang rombongan kami dirkodkan dalam buku laporan dan memang ianya mengambil masa untuk mencatatkannya. Akan tetapi, ia tidak sedikit pun menghairankan kami kerana memang petugas-petugas tersebut adalah pegawai polis yang memang senantiasa melakukan kerja bodoh tanpa peri-kemanusiaan. Digeledahnya habis-habisan segala macam beg pakaian.


Kami sudah menjangkakan yang polis-polis tersebut hanya mencurigai kami tentang bahan provokasi perhimpunan BERSIH 2.0 seperti baju-T Bersih dan lain-lainnya. Kedangkalan petugas tersebt memang amat terserlah kerana pada akhirnya tidak satu barang kes dijumpai. Dan juga kami tidak merasa hairan kerana bukan kami sahaja digeledah sedemikian, malah bas-bas pengangkutan ekspres awam juga dilakukan pemereksaan tanpa terkecuali. Akhirnya kami dilepaskan untuk ke destinasi yang seterusnya sehinggalah menghampiri Tol Gombak di mana jam telah melewati jauh melepasi 12 malam. Beratur panjang lagi dengan arahan bodoh dan tolol dengan hanya membuka 1 lorong sahaja jalan selepas tol Gombak amat terasa pelik.


Tidak dapat kami bayangkan bertapa bodohnya tindakan polis apatah lagi telah berulang kali penganjur bersih mengatakan bahawa perhimpunan BERSIH 2.0 adalah perhimpunan aman. Logiknya memang kami, lebih-lebih lagi ahli PAS terlalu akur dengan arahan pimpinan kami supaya tidak melakukan sebarang bentuk provokasi. Jesteru, apakah yang perlu dibimbangi oleh polis-polis UMNO dan Barisan Nasional ini. Daripada 6 lorong memasuki Kuala Lumpur pada hari-hari biasa, hanya 1 lorong sahaja dibenarkan dengan mengecil laluan. Bukankan ini suatu tindak bodoh?


Pun begitu kami berjaya melepasi tol Gombak, akan tetapi kami sekali lagi ditahan oleh polis-polis yang kurang akal. Sambil jam telah pun menunjukkan waktu subuh hampir berlalu, kami sedikit pun tidak nampak akan keresahan atau perasaan bersalah petugas tersebut untuk memberi laluan selesa kepada kami setelah berulang kali kami menyatakan supaya percepatkan atau lepaskan kami untuk melakukan solat Subuh. Memang ternyata sekali Allah telah tutupkan hati mereka kerana mereka sedikitpun tidak menunjukkan rasa bersalah mereka kepada Pencipta Manusia. Nampak sungguh mereka semua itu kena akur arahan manusia kurang akal termasuk Ketua Polis Malaysia. Kami tetap melalui proses pemereksaan seperti sebahagian besar peserta BERSIH 2.0 yang lain. Satu demi satu beg-beg pakaian kami digeledah. Dalam waktu-waktu begitu kami tidak putus-putus memaksa pegawai tersebut melepaskan kami hanya kerana kami mahu bersolat subuh. Langsung pada kami, petugas Islam tersebut tidak takut pada seksaan Allah.


Akhirnya, kami dilepaskan setelah kehendak dan peraturan yang diarahkan kepada mereka dicapai, walaupun mereka gagal mendapatkan apa-apa dari kami. Kami meneruskan perjalanan menuju ke sebuah Stesen Minyak Petronas di Kawasan Taman Lembah Keramat. Setelah sesesai solat, kami menghubungi rakan-rakan yang lain bertanyakan khabar dan situasi. Sebilangan besar masih lagi terperangkap dengan sekatan jalan raya di Tol Gombak. Namun, kami bersyukur kesemua rakan-rakan yang lain, walaupun terperangkap, mereka telah pun selesai melakukan solat subuh di perhentian R & R Gombak. Akhirnya kami berkumpul di Depan Zoo Negara.


Di sinilah sedikit kesilapan strategi berlaku. Akan tetapi, tiada siapa yang perlu dipersalahkan kerana dari awal lagi tidak ada siapa pun mendapat maklumat untuk perancangan strategik dari mana-mana pimpinan atasan. Jelas sekali kami dan rakan-rakan yang lain tertanya-tanya bentuk tindakan seterusnya.

Jam baru menunjukkan sekitar jam 7.30 pagi dan terlalu awal untuk kami membuat usaha untuk memasuki Kuala Lumpur ke tempat berkumpul untuk perarakan ke Stadium Merdeka. Lalu, kami sepakat untuk ke Puchong (ke rumah saya) untuk merehatkan badan setelah seharian (kebanyakan dari kami) tidak mendapat tidur dan makan yang sempurna. Jangkaan kami hanyalah untuk merehatkan badan sedikit. Lagipun kami masih lagi menunggu kalau-kalau ada di atara kami mendapat arahan yang seterusnya dari pimpinan.

Lain yang ditunggu, lain yang dapat. Jam ini telah mula kedengaran FRU dan Polis telah mula membuat tangkapan dan kenderaan awam memasuki Kuala Lumpur dihadkan sehingga jam 12 Tengahari sahaja. Sesuatu yang kami tidak menjangkaa sama-sekali. Maka bergegaslah kami untuk mempersiapkan diri untuk sekurang-kurangnya mendapatkan khidmat LRT untuk ke Kuala Lumpur Sentral di mana rata-rata mengatakan itulah jalan yang paling selamat untuk menyertai perarakan Himpunan Bersih 2.0

Usaha kami pada awalnya agak berjaya kerana dalam jarak yang hanya kurang dari 3 km ke Stesen LRT terdekat, kami masih mempunyai masa 90 mini untuk sampai ke destinasi. Saya mengetuai rombongan (sebagai kereta pertama dari 5 buah kereta) untuk sampai ke situ. Sekali lagi, rombongan kami menerima igauan kerana dalam suasana kereta merayap bagaikan semut, sekali lagi kami dipaksa berhenti untuk pemereksaan lanjut secara menyeluruh. Sekali lagi IC kami dirampas untuk dibuat catatan pada rekod mereka. Seperti biasa, pegawai muruhan upahan UMNO dan BN melengkapkan diri mereka seolah-olah mereka akan diserang oleh bala tentera Singapura. Bersiap-siaga sungguh!

Namun ianya sedikitpun tidak mematahkan semngat kami. Digeledah habis-habisan. Tiada apa dijumpai. Di dalam hati kecil ini, ianya hampir tersasar jauh dari apa yang ditarbiyahkan. Syukur Alahamdulillah, di dalam rasa hati yang amat menyampah dan sakit ini, hati kecil ini sempat juga menasihatkan diri bahawa inilah sebahagian kecil dari MEHNAH perjuangan insan kerdil seperti kami. Bayangan tangkapan yang dibuat terhadap pimpanan PAS telah mula menyelinap di dalam kotak pemikiran. Lantas atas muhasabah kecil dan kesan dari tarbiyah, maka kami terus berdoa agar Allah permudah dan percepatkan urusan pemerksaan.

Setelah soal selidik dan rekodkan kenyataan (dia yang tulis dan dia yang sahkan), kami pun dilepaskan untuk bertolak ke destinasi stesen LRT Bukit Jalil. Alhamdulillah semua rombongan melepasi sekatan tersebut dan kami berbaris menuju ke situ. Malangnya, walaupun masa masih lagi berbaki 1/2 jam, Stesen telah ditutup dan kawasan pakir jelas kelihatan lengang.  Ini menunujukkan stesen telah ditutup. Mual di hati bertapak semula dan semakin membara. Tiada gambaran yang dapat dizahirkan melainkan menampakan muka "frust" masing-masing setelah usaha tidak berhasil. Di dalam suasana berhenti ditengah-tengah Lampu Isyarat, sempat lagi kami berfikir dan bertindak.

Lalu keputusan sepakat kemudiannya untuk pergi ke Stesen Sri Petaling kalau-kalau ianya masih dibuka, Hati kami diuji lagi. Sebahagian dari rombongan kami telah berpecah kerana sesat. Gusarnya dalam hati Allah sahaja yang tahu kerana di sana sini kelihatan pasukan polis peronda berada di mana-mana sahaja. Pada saat itu, kami betul-betul merasakan seolah kami berada di Negara Timur Tengah yang sering dimomokkan dengan rusuhan. Terbayang sungguh suasana rusuhan bakal berlaku.

Di dalam menunggu rakan-rakan yang lain tiba (kami berhenti di kaki Lima Lebuhraya KESAS), kami telah mula melihat kelibat kereta peronda polis menuju ke arah kami dengan memberi Isyarat untuk kami berhenti untuk pemerksaan. Lalu kami berhenti. Kami berasa pelik. Kalaupun nak suruhkan berhenti, tak perlu menunjukkan riaksi kami ini adalah pesalah atau penjenayah. Bersenjatakan Short Gun, kami digeledah dan dipereksa. Kami dipaksa untuk menyerahkan kad pengenalan. Amat menghairankan kami, hanya dengan 2 petugas sahaja, apa yang mereka mampu lakukan selain dari untuk melengah-lengahkan masa dan menakut-nakutkan kami.

Setelah pemereksaan dibuat, kami diarahkan untuk beredar dan memang hasrat kami untuk beredar dari situ. Dalam suasa kelam kabut dan pemikiran kusut masai, kami telah tersalah pilih jalan dan jalan tersebut mengarahkan kami ke Putrajaya. Sekali lagi perasaan mual yang membuak-buak melanda kotak pemikiran kami. Bertapa manusia yang bernama anggota polis ini dianugerahkan otak yang amat bodoh oleh Allah. Tidak langsung boleh membezakan yang baik dan yang jahat. Bagi mereka, setiap arahan dari pegawai atasan mesti diikuti sepenuhnya tanpa bantahan. Mereka mesti Walaq kepada pimpinan (aku pun tak tau mereka faham atau tidak walaq).

Lalu destinasi seterusnya, setelah dinasihatkan oleh Pengerusi DUN (saya fikir pengerusi DUN telah mula melihat yang saya telah mula hilang sabar) untuk berhenti rehat di Perhentian R&R Lebuhraya Putrajaya. Di sinilah kami mula merancang kembali, tetapi jam sudahpun melewati jam 1230 tengahari. Kami bersepakat untuk ke Stesen Komuter KLIA Transit di Putrajaya untuk ke Stesen KL Sentral. Sekali fikiran ini masih belum tenteram memikirkan arah yang sebenar untuk dituju. Dalam suasana sedemikian, kami tersesat (bukan tak tau tapi dah mamai), berpusing-pusing disekitar Cyberjaya. Berputar-putar. Perasaan kecewa menyelubungi kerana kami telah memikirkan tiada lagi laluan yang membolehkan kami menyertai perarakan BERSIH 2.0.

Dalam suasana sedemikian, kami sampai ke Masjid Putrajaya. Bersolat di situ. Jelas sekali, sebilangan besar dari kami telah memperlihatakan kekecewaan masing-masing. Masa telah melewati jam 230 petang. Semakin banyak berita diterima berkaitan dengan penangkapan pimpinan utama PAS termasuklah Tuan Guru Presiden.


Walaupun marah yang amat bergelora, namun kami tidak dapat berbuat apa-apa. Kami sudah hampir putus asa kerana pelbagai laluan untuk ke sana telah disekat. Pilihan terakhir kami ialah menuju ke Masjid Jamek KL. Walaupun di dalam hati ini, ini adalah tidak mungkin, kerana MAsjid Jamek adalah pusat tumpuan demonstrasi. Mana mungkin ia dibuka. Akan tetapi, saki baki perasaan untuk sekurang-kurangnya melihat sendiri kesan dari berjayanya demonstrasi BERSIH 2.0 menghantar memorandum seperti yang dirancang, kami terus juga perjalanan. Waktu sudah menghampiri jam 4 petang.


Sesampainya di stesen pertukaran komuter/tren, terpampan jelas notis menyatakan beberapa stesen LRT telah ditutup termasuklah stesen Masjid Jamek. Kami tahu, sudah tiada lagi harapan buat kami untuk sekurang-kurangnya melihat cebisan demonstrasi BERSIH 2.0. Kami gagahkan juga semangat untuk sekurang-kurangnya membuktikan kedatangan kami ke Kuala Lumpur bukanlah untuk tujuan santai, akan tetapi kekangan dan kongkongan oleh pihak berkuasa yang begitu bermaharaja-lela dengan tonggak kuasa yang diluar batasan yang dibenarkan oleh sistem demokrasi, maka hak kami untuk berdemo telah dinafikan sedemikian rupa.


Sesampainya kami dihentian Bandaraya, tiada lagi yang dapat kami lihat selain daripada saki baki pendemonstrasi yang telah mula bersurai dalam suasa yang amat letih. Malah kami masih lagi dapat mengesan bau gas pemedih mata yang masih melekat pada badan-badan mereka.

Kepada mereka yang berjaya meloloskan diri ke ruangan demonstrasi, kami mengucapkan syabas dan tahniah dan kepada sebahagian dari kami yang tidak dapat meloloskan diri, anggapalh itu adalah cubaan dari Allah juga. Kita simpan semangat juang ini selaras dengan kenyataan akhbar Dato' Presiden PAS yang menggesa kerajaan untuk mengambil-kira permintaan rakyat hasil dari demonstrasi aman BERSIH 2.0 ini. Sekiranya kerajaan gagal bertindak, maka tunggulah gelombang kebangkitan yang seterusnya.

Bukanlah niat kita untuk berdemonstrasi akan tetapi peluang  dan jalan terakhir ialah melalui proses demontrasi sekiranya kesemua 8 tuntutan tidak dapat dipenuhi oleh pemerentah. Jadi, bersamalah kita menyimpan saki baki semangat perjuangan menuntut sistem pilihanraya yang bebas dan adil.

Sama-sama kita tunggu jawapan dari Najib dan sekutu-sekutunya.

Friday 8 July 2011

Harunya Pemimpin Umno Takutkan Bayang Sendiri

Kuning! Itulah bayanga saya di keseluruhan Bandaraya Kuala Lumpur esok. Walaupun kerajaan melalui pelbagai agensi dan jentera dikerah untuk menafikan Perhimpunan Bersih 2.0, penganjur bersih dengan sokongan sebilangan besar rakyat akan tetap menjadikan esok, 9 Julai sebagai perhimpunan Mega.

UMNO dan kerjaan Barisan Nasional tiada lagi alasan untuk memastikan Bersih dibatalkan, Terkenal dengan mulut sebagai seorang penipu, seperti mana di saat-saat akhir PRU 12 dulu, sekali lagi dengan terang dan nyata Menteri Perdana Najib Tun Razak berbohong pada 4 Julai yang lepas.

Ikuti berita sepenuhnya DI SINI

Lawatan Pesuruhjaya PAS Terengganu Ke Rumah Mangsa Kebakaran

Semalam, sekitar jam 9.00 pagi, Pesuruhjaya PAS Negeri YB Tuan Hj Abdul Wahid b Endut telah membuat lawatan berbentuk ziarah ke atas keluarga mangsa kebakaran rumah di Kg Durian Mas, dalam DUN Manir. Bapa mangsa kebakaran yang dikenali sebagai En Hamid Mustaffa telah kehilangan 2 anak kembar yang berusia 4 tahun yang hangus di dalam kes kebakaran tersebut. Diberitakan kejadian tersebut adalah mungkin berpunca dari percikan api  "lighter" yang digunakan oleh salah seorang anak kembar (mangsa) beliau sewaktu En Hamid sedang tidur.

Kejadian rumah yang terbakar pada dua hari sebelum itu telah mendapat tempat di hati Pesuruhjaya PAS negeri yang baru dilantik pada awal bulan Jun yang lepas. Kunjungan beliau dan rombongan pimpinan PAS Negeri Terengganu adalah ekoran sedikit liputan berita media perdana yang menyiarkan laporan berita berkenaan.

Kejadian tersebut telah mendapat simpati keseluruhan rombongan terutamanya Pesuruhjaya PAS sendiri yang jelas tergambar sewaktu sedikit temu-bual dengan keluarga mangsa. Sewaktu ketibaan rombongan, sebahagian besar keluarga mangsa berada di rumah datuk mangsa dan jelas tergambar kemurungan pada raut setiap keluarga mangsa terutama bapa mangsa yang masih trauma dengan kejadian yang amat menyanyat hati tersebut.

Pada pertemuan dengan keluarga mangsa di rumah datuk mangsa, Hj Abdul Wahid sempat menghulurkan sedikit sumbangan kepada keluarga mangsa kebakaran, walaupun tidak mungkin sumbangan tersebut menghilangkan perasaan trauma, namun pastinya sumbangan sedemikian akan dapat meringankan  sedikit bebanan keluarga mangsa.

Kami juga dibawa ketempat kejadian di mana rumah mangsa yang berada di seberang jalan yang hampir rentung keseluruhannya dan masih lagi dilingkari dengan plastik rentang merah yang dipasang oleh Jabatan Bomba & Penyelamat. Kami ditemankan oleh salah seorang keluarga mangsa yang juga merupakan ipar kepada bapa mangsa.

Begitulah perihatinnya pimpinan PAS segeri dan kawasan terhadap sesuatu isu yang sudah pasti tidak ada liputan media perdana yang menwar-warkan atau mengalu-alukan. Difahamkan kesibukan tugasan baru Pesuruhjaya PAS yang memang secara kebetulan pada hari tersebut (semalam) adalah dalam perjalanan ke Kuala Berang untuk menghadiri mesyuarat.

Dalam waktu yang sama, pimpinan DUN juga turut menemani kunjungan YB Pesuruhjaya PAS Negeri terdiri dari Pengerusi MTD DUN Manir Tuan Hj Yusof Embong dan beberapa pimpinan MTD yang lainnya.

Adalah diharapkan kunjungan dan lawatan sedemikian akan menjadi satu amalan dari kalangan pimpinan PAS negeri, kawasan dan DUN selaras dengan gelombang Negara Berkebajikan yang dilaungkan oleh PAS dan Pakatan Rakyat. Dan semoga juga liputan-liputan kegiatan sedemikian akan diwar-warkan kapada masyarakat setempat melalui media-media alternatif seperti laman sesawang ManirKini.

Thursday 7 July 2011

Selamat Datang Ke Manirkini

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Kita panjatkan segala kesyukuran kepada Allah swt kerana telah diberi sedikit kekuatan kepada kami untuk membuka satu lembaran baru dalam era komunikasi tanpa sempadan ini khususnya untuk keseluruhan penduduk di dalam DUN Manir di Negeri Terengganu dan seluruh pelayar blog ini amnya.

Adalah menjadi hasrat kami untuk menyampai dan menyalurkan maklumat secara tepat dan adil secara seimbang sesuai dengan perkembangan teknologi maklumat masa kini. Di atas rasa perihatin dengan kesukaran penduduk setempat untuk mendapatkan gambaran sebenar apa jua peristiwa dan aktiviti masyarakat setempat mahupun global, maka keujudan portal ManirKini adalah diharapkan dapat mengimbangi pemesongan dan putar-belit media yang saban hari dipertontonkan kepada pendengar dan pembaca.

Pertumbuhan pelbagai bentuk maklumat melalui media-massa, samada media-cetak atau media elektronik, ianya dilihat masih tidak mampu untuk memperjelaskan kepada penduduk setempat khususnya dalam konteks pentadbiran DUN. Propaganda politik murahan yang terarah kapada satu-satu pehak sahaja jelas menunjukkan bertapa perlunya media pilihan seperti ManirKini tampil untuk memberi penjelasan yang sewajarnya agar masyarakat mendapat maklumat yang tepat kandungan beritanya.

Dimabil contoh, tekanan ekonomi yang dialami oleh keseluruhan penduduk Malaysia dengan kenaikan kadar inflasi yang mendadak telah memberi tekanan kehidupan yang amat dahsyat kepada keseluruhan sistem ekonomi rakyat. Kesempitan hidup amat terasa di sana sini. Namun, media arus perdana seolah disengajakan untuk dilihat seperti tidak mampu untuk memperjelasakan kepada masyarakat marhain akan asal usul kejadian. Malah media perdana seringkali dilihat sengaja mengalih pandangan masyarakat dengan menyiarkan berita-berita yang amat jelas pembohongan, Labih dari itu, media arus perdana lebih menyukai untuk menyiarkan fitnah dan tomahan jesteru mengabaikan terus hak masyarakat untuk mendapatkan ulasan yang tepat berkaitan sesuatu isu.

Masyarakat sebenarnya telah muak dengan persepsi sedemikian dan jelasnya mereka mahukan satu perubahan yang amat dinamik terhadap perkembangan sesuatu isu. Akan tetapi sebilangan besar masyarakat khususnya penduduk di bawah DUN Manir kurang mempunyai alternatif untuk mendaptkan suapan berita atau peristiwa lebih-lebih lagi peristiwa setempat.

Maka adalah menjadi tugasan kami untuk mencuba sebaik mungkin untuk meperjalaskan sesuatu isu secara tepat yang boleh membantu pengembangan minda supaya minda-minda penduduk di DUN Manir tidak mudah untuk dimomokkan oleh media massa arus perdana yang terang-terangan menyeleweng dalam menyampaikan berita.

Sebagai satu portal yang adil, kami akan menerima apa juga komen dan saranan namun ianya biarlah dari sumber yang sahih.

Pembaca dan pelayar blog ManirKini juga dipelawa untuk menghantar dan menyumbang apa jua berita setempat yang dapat membantu masyarakat setempat mendapat ekses kepada maklumat yang tepat kepada pasmanir2@gmail.com.

Ikhas dari
ADMIN
ManirKini.

Wednesday 6 July 2011

Testing Pertama

Welcome to Manir

 
Design by Wordpress Theme | Bloggerized by Free Blogger Templates | coupon codes