Wednesday 28 September 2011

PAS GANTI UMNO 3 (PGU 3) - Peringatan

Sekadar peringatan kepada pelayar blog ini! Jangan lupa untuk tandakan dalam kalendar masing-masing tarikh yang begitu bermakna dalam agenda mengubah Kerajaan Terengganu pada pilihanraya yang tidak lama lagi ini.

Kemunculan PGU 3 ini adalah lebih mencabar. Tidak seorang pun terkecuali untuk hadir dan seterusnya mengambil bahagian masing-masing dalam merealisasikan PGU3 ini.

Sila war-warkan kepada keluarga tersayang, kaum kerabat, kawan-kawan (saing rodong) dan juga orang atas pagar malah tidak lupa juga member UMNO. Jemput mereka ini hadir untuk sekurang-kurangnya untuk menyaksikan sendiri proses PGU 3.




Sunday 25 September 2011

Alahai e-book

Umum sudah ramai mengetahui bahawa pengagihan "e-book" kepada sebahagian pelajar-pelajar sekolah rendah di seluruh negeri Terengganu dilakukan seawal tahun 2011.

Gahnya pelancaran pengagihan e-book ini memang melangit sekali. Hatta, aku termasuk salah seorang dari kalangan mereka yang turut sama hadir semasa penyampaian e-book secara berkelompok ini dilakukan suatu ketika dahulu. Bukanlah niat berkehendakkan sangat "e-book" (boleh ke kita panggil setaraf dengan notebook)? Akan tetapi, di situlah juga peluang untuk mengintai apakah yang bakal disampaikan oleh EXCO kanan Kerajaan Terengganu, YB Razif.

Dipendekkan cerita, menggunakanlah e-book ini oleh anak aku dengan pengawasan yang minimal (sebab tanpa e-book ini pun, kat rumah ni dah ada beberapa PC dan notebook!). Akan tetapi aku tidak nampak akan keseronokan yang sepatutnya ditunjukkan oleh anak. Jarang sekali anak menggunakannya kecuali untuk menonton  Youtube dan berFB dengan kawan2 mereka. Lalu anak mengatakan bahawa, tak ada apa sangat yang boleh digunakan. Terlalu kurang perisian.

Memang tidak dinafikan, terdapat satu perisian khusus untuk dimanfaatkan oleh murid berkaitan dengan silibus yang dipelajari di sekolah. Peliknya, semasa di sekolah cikgu menggunakan buku teks dan langsung tidak menggunakan e-book yang free itu. Buat berat memikul e-book saja!

Terlebih bagus lagi, ada sebahagian pelajar yang boleh meng'ekses" internet sewaktu sesi pembelajaran diadakan. Mungkin pelajar ini ada katalaluan khusus. Maka terjadilah macam-macam sewaktu pembelajaran berjalan. Mungkin terkesan sesuatu, pihak sekolah "merampas" kembali semua e-book tersebut dan puaslah juruteknik komputer memperbaharui perisian yang baru.

Hampir sebulan yang lalu, e-book itu telah dikembalikan semula kepada pelajar. Terdengar juga ada sebahagian pelajar yang memasukkan "gambar aksi xxx" di dalam e-book tersebut sebelum perisian itu di"format"kan.


Maka itulah kelebihan sebenar e-book yang diberi tidak kena pada tempatnya. Memang tidak dinafikan langsung, e-book itu seharus berguna sekiranya kita tahu menggunakannya. Akan tetapi ada yang lebih pelik lagi, terdapat sebahagian pelajar yang tidak mempunyai kemudahan internet di rumah, dilihat membawa e-book tersebut ke kawasan-kawasan yang mempunyai ekses internet yang percuma.

Kadang-kadang tu timbul juga rasa kesian, tapi mengenangkan banyaknya masalah moral yang timbul, maka adalah lebih baik untuk tidak dikesiankan!

Perihal yang lain pula ialah kisah penggunaan e-book untuk sebahagian dari kerja sekolah. Alangkah terperanjatnya apabila didapati bahawa terlalu sedikit perisian yang dimasukkan untuk penggunaan yang biasa seperti MS Office. Tak lengkap. Tak habis di situ, segala macam kesulitan dihadapi pelajar apabila e-book itu tidak boleh disambungkan kepada pencetak (ptinter) kerana kesemua USB Port telah di"kunci".

Lantaran itu, sekiranya ada kerja sekolah (sikit saja) yang perlu dilakukan menggunakan komputer, maka apa lagi, "e-book" bapanya jugalah yang menjadi mangsa.

Maka, tak perlulah nak disembunyikan lagi, pengagihan e-book ini adalah tidak lebih kepada projek tajaan BN samada untuk kepentingan mereka yang tertentu dan juga BN itu sendiri. Beruntunglah mereka yang mempunyai kuasa melakukan semua ni, dan rugi lah rakyat yang kebanyakan memadangkan pelaburan yang dilakukan oleh kerajaan tersasar bergitu jauh dari segi manfaatnya.

Wednesday 14 September 2011

Kunjungan Ke Rumah Mas'ul MTD Manir

September 14, 2011 sekitar jam 9:30 malam merupakan malam atau hari yang amat bersejarah bagi keseluruhan MTD DUN Manir, khususnya bagi Pengarah & seluruh AJK MTD serta ahli-ahli PAS Manir amnya. Ini adalah kerana, malam tadi merupakan malam atau hari yang julung-julung kalinya telah berlangsung satu pertemuan  yang penuh bermakna di kediaman rasmi Mas'ul Dun Manir, Dato' Tuan Guru Haji Harun Taib sempena kunjungan rasmi kami.

Pertemuan yang boleh diertikan sebagai kunjungan "Hari Raya" sempena bulan Syawal ini pada asalnya telah diaturkan semasa mesyuarat bulanan MTD Manir baru-baru ini. Ternyata sebahagian besar AJK MTD hadir bagi meraikan kunjungan tersebut merupakan mereka yang sudah biasa dengan suasana kediaman Dato' Tuan Guru dan ada sebahagian nya merupakan kunjungan yang pertama ke kediaman beliau yang amat sederhana itu. Untuk makluman, kediaman Mas'ul hanyalah di satu sudut yang kecil Markas Tarbiyyah Kubang Lembek.

Kunjungan dimulakan dengan ucapan aluan dan rakaman terima kasih bagi pihak MTD terhadap Dato' Tuan Guru oleh Pengarah MTD DUN Manir, Tuan Haji Yusof Embong di atas kesudian mas'ul dan keluarga beliau menerima kunjungan kami. Alhamdulillah, sewaktu kunjungan kami, Dato' Tuan Guru kelihatan begitu ceria walaupun beliau memberitahu yang beliau sedikit kurang selesa semenjak beberapa hari lepas sekembalinya beliau dari menghadiri mesyuarat PAS Pusat.

Di dalam kunjungan tersebut, pengarah MTD telah meminta Dato' Tuan Guru menyampaikan amamat atau kata-kata semangat kepada seluruh AJK MTD yang hadir agar ianya mendapat suntikan yang baru
dalam memacu perjuangan parti khususnya di peringkat DUN Manir tambah-tambah lagi dalam suasana PRU 13 yang kian hampir.

Alhamdulilah, permintaan kami diterima oleh Dato' Tuan Guru dan beliau telah memulakan sentuhan beliau dengan cara merujuk kepada sirah perjuangan Rasullullah dalam menyebarkan syiar Islam. Ramai yang terpegun dengan kaedah dan gaya yang amat bersahaja beliau (tidak seperti suasana beliau menyampaikan kuliah mingguan) dengan beliau memberitahu sejarah beliau terlibat dalam perjuangan PAS di Kawasan Manir seawal tahun 1978 untuk kali yang pertama dan seterusnya pada tahun 1982 hinggalah sekarang semenjak beliau kembali dari Mesir (barangkali).

Bermula dari kisah beliau menceburkan diri dalam perjuagan PAS di Manir sehinggalah beliau menjawat dengan pelbagai jawatan tertinggi baik di peringkat Pusat dan Negeri, beliau tidak habis-habis menceritakan perihal perjuangan Rasullullah dalam menentukan kemenangan sebagai satu kaedah atau pendekatan yang mesti diguna-pakai dalam mengharungi perjuangan yang dituntut ini. Pelbagai contoh yang ditunjukkan oleh Rasullullah telah diceritakan dalam pertemuan singkat itu, di samping pelbagai contoh dan pendekatan yang beliau sendiri telah lakukan di sepanjang perjalanan beliau sewaktu memegang pelbagai jawatan-jawatan penting dalam parti samada sebelum atau sewaktu proses pilihanraya.

Telalu banyak contoh yang diberikan, dan di dalam sedar atau tidak terasa bertapa perjuangan itu memerlukan pelbagai rencah untuk mengecapi kemenagan. Beliau sempat menerangkan pelbagai taktik menangani tekanan dari dalam dan luar parti sama ada semasa atau sebelum pelihanraya. Jelasnya, di dalam mengharungi perjuangan ini yang merupakan medan dakwah, Dato' Tuan Guru memang merupakan seorang yang cukup bijak dan berilmu dalam mengatur strategi. Untuk itu, maka tidak menjadi satu kehairanan untuk beliau terus menerus menang dalam setiap pilihan raya atas sifatnya yang lengkap sebagai pemimpin; berstrategi, berilmu dan beramal.

Sesi petemuan yang diisi dengan suntikan baru dengan idea-idea dan pandangan bernas Dato' Tuan Guru berlangsung selama hampir 1 jam 15 minit (InsyaAllah akan divideokan selepas ini) dalam suasana yang amat-amat harmoni itu diakhiri dengan sesi soal-jawab berkaitan dengan halangan-halangan masa kini yang dihadapi dalam menentukan kemenangan yang berterusan.

Akhirnya, para tetamu yang hadir, dihidangkan dengan juadah Nasi Minyak dan ketupat (daun palas) sesuai dengan suasana "mood" hari raya yang masih berlangsungan di sebahagian besar seluruh Negara.

Kami di Manirkini mewakili seluruh AJK MTD merakamkan sebesar-besar penghargaan kepada YB Dato' Tuan Guru di atas kesudian beliau menerima kunjungan kami dengan pengisian amanat-amanat yang amat pengting bagi kami sebagai bekalan dalam meneruskan kesinambungan perjuangan Parti PAS di Manir khasnya dan di Malaysia amnya. Semoga kunjungan itu dilimpahkan barokah oleh Allah dan direkodkan sebagai satu amalan ayang baik.


Wednesday 7 September 2011

Kayanya Yusof Awang Hitam - PPD Manir (UMNO)

Kita lihat saja paparan ini yang boleh diikuti penjelasannya DI SINI

Saturday 3 September 2011

Dana Awam Untuk PRU 13 -Nyata UMNO/BN Terdesak

Bahang PRU 13 makin kian terasa. Di samping PAS dan Pakatan Rakyat bertungkus-lumus membongkar kebejatan salah-laku seribu macam rasuah yang dilakukan oleh pembesar-pembesar aka pimpinan UMNO Pusat, Negeri dan DUN, ianya semakin menampakkan sikap ketidak-pedulian mereka. Malah mereka-mereka itu ternyata dengan terang dan jelas menggunakan segala macam kemudahan yang berada di dalam kekuasaan mereka dengan meragut hak rakyat tanpa sedikit pun menunjukkan rasa bersalah mereka.

Terkini, mereka telah menggunakan dana awam dengan mengagih-agihkan sebahagian dana awam kepada pimpinan parlimen dan wakil-wakil rakyat mereka samada yang menang atau pun kalah semata-mata untuk tujuan kerja PRU. Walaupun penggunaan dana awam ini telah sekian lama sebati dengan UMNO/BN, namun sekarang ni corak "rompakan" mereka lebih terbuka malah ramai di kalangan pimpinan mereka sendiri mengakui ujudnya pengagihan dana telah mula diperturunkan dalam bentuk fasa.

Ikutilah kisah selanjutnya di SINI

Kesamaan Antara Lagu Terang Bulan dan Negaraku

Mari sini kita dengar petikan youtube ni dan selepas itu bandingkanlah dengan lagu negaraku.

Siapa yang menciplak siapa? Ada baca, anda carilah jawapannya.





 
Design by Wordpress Theme | Bloggerized by Free Blogger Templates | coupon codes