Sunday 25 September 2011

Alahai e-book

Umum sudah ramai mengetahui bahawa pengagihan "e-book" kepada sebahagian pelajar-pelajar sekolah rendah di seluruh negeri Terengganu dilakukan seawal tahun 2011.

Gahnya pelancaran pengagihan e-book ini memang melangit sekali. Hatta, aku termasuk salah seorang dari kalangan mereka yang turut sama hadir semasa penyampaian e-book secara berkelompok ini dilakukan suatu ketika dahulu. Bukanlah niat berkehendakkan sangat "e-book" (boleh ke kita panggil setaraf dengan notebook)? Akan tetapi, di situlah juga peluang untuk mengintai apakah yang bakal disampaikan oleh EXCO kanan Kerajaan Terengganu, YB Razif.

Dipendekkan cerita, menggunakanlah e-book ini oleh anak aku dengan pengawasan yang minimal (sebab tanpa e-book ini pun, kat rumah ni dah ada beberapa PC dan notebook!). Akan tetapi aku tidak nampak akan keseronokan yang sepatutnya ditunjukkan oleh anak. Jarang sekali anak menggunakannya kecuali untuk menonton  Youtube dan berFB dengan kawan2 mereka. Lalu anak mengatakan bahawa, tak ada apa sangat yang boleh digunakan. Terlalu kurang perisian.

Memang tidak dinafikan, terdapat satu perisian khusus untuk dimanfaatkan oleh murid berkaitan dengan silibus yang dipelajari di sekolah. Peliknya, semasa di sekolah cikgu menggunakan buku teks dan langsung tidak menggunakan e-book yang free itu. Buat berat memikul e-book saja!

Terlebih bagus lagi, ada sebahagian pelajar yang boleh meng'ekses" internet sewaktu sesi pembelajaran diadakan. Mungkin pelajar ini ada katalaluan khusus. Maka terjadilah macam-macam sewaktu pembelajaran berjalan. Mungkin terkesan sesuatu, pihak sekolah "merampas" kembali semua e-book tersebut dan puaslah juruteknik komputer memperbaharui perisian yang baru.

Hampir sebulan yang lalu, e-book itu telah dikembalikan semula kepada pelajar. Terdengar juga ada sebahagian pelajar yang memasukkan "gambar aksi xxx" di dalam e-book tersebut sebelum perisian itu di"format"kan.


Maka itulah kelebihan sebenar e-book yang diberi tidak kena pada tempatnya. Memang tidak dinafikan langsung, e-book itu seharus berguna sekiranya kita tahu menggunakannya. Akan tetapi ada yang lebih pelik lagi, terdapat sebahagian pelajar yang tidak mempunyai kemudahan internet di rumah, dilihat membawa e-book tersebut ke kawasan-kawasan yang mempunyai ekses internet yang percuma.

Kadang-kadang tu timbul juga rasa kesian, tapi mengenangkan banyaknya masalah moral yang timbul, maka adalah lebih baik untuk tidak dikesiankan!

Perihal yang lain pula ialah kisah penggunaan e-book untuk sebahagian dari kerja sekolah. Alangkah terperanjatnya apabila didapati bahawa terlalu sedikit perisian yang dimasukkan untuk penggunaan yang biasa seperti MS Office. Tak lengkap. Tak habis di situ, segala macam kesulitan dihadapi pelajar apabila e-book itu tidak boleh disambungkan kepada pencetak (ptinter) kerana kesemua USB Port telah di"kunci".

Lantaran itu, sekiranya ada kerja sekolah (sikit saja) yang perlu dilakukan menggunakan komputer, maka apa lagi, "e-book" bapanya jugalah yang menjadi mangsa.

Maka, tak perlulah nak disembunyikan lagi, pengagihan e-book ini adalah tidak lebih kepada projek tajaan BN samada untuk kepentingan mereka yang tertentu dan juga BN itu sendiri. Beruntunglah mereka yang mempunyai kuasa melakukan semua ni, dan rugi lah rakyat yang kebanyakan memadangkan pelaburan yang dilakukan oleh kerajaan tersasar bergitu jauh dari segi manfaatnya.

1 comments:

Ayie Khusrie said...

sokong 100%

Post a Comment

 
Design by Wordpress Theme | Bloggerized by Free Blogger Templates | coupon codes