Friday 8 July 2011

Lawatan Pesuruhjaya PAS Terengganu Ke Rumah Mangsa Kebakaran

Semalam, sekitar jam 9.00 pagi, Pesuruhjaya PAS Negeri YB Tuan Hj Abdul Wahid b Endut telah membuat lawatan berbentuk ziarah ke atas keluarga mangsa kebakaran rumah di Kg Durian Mas, dalam DUN Manir. Bapa mangsa kebakaran yang dikenali sebagai En Hamid Mustaffa telah kehilangan 2 anak kembar yang berusia 4 tahun yang hangus di dalam kes kebakaran tersebut. Diberitakan kejadian tersebut adalah mungkin berpunca dari percikan api  "lighter" yang digunakan oleh salah seorang anak kembar (mangsa) beliau sewaktu En Hamid sedang tidur.

Kejadian rumah yang terbakar pada dua hari sebelum itu telah mendapat tempat di hati Pesuruhjaya PAS negeri yang baru dilantik pada awal bulan Jun yang lepas. Kunjungan beliau dan rombongan pimpinan PAS Negeri Terengganu adalah ekoran sedikit liputan berita media perdana yang menyiarkan laporan berita berkenaan.

Kejadian tersebut telah mendapat simpati keseluruhan rombongan terutamanya Pesuruhjaya PAS sendiri yang jelas tergambar sewaktu sedikit temu-bual dengan keluarga mangsa. Sewaktu ketibaan rombongan, sebahagian besar keluarga mangsa berada di rumah datuk mangsa dan jelas tergambar kemurungan pada raut setiap keluarga mangsa terutama bapa mangsa yang masih trauma dengan kejadian yang amat menyanyat hati tersebut.

Pada pertemuan dengan keluarga mangsa di rumah datuk mangsa, Hj Abdul Wahid sempat menghulurkan sedikit sumbangan kepada keluarga mangsa kebakaran, walaupun tidak mungkin sumbangan tersebut menghilangkan perasaan trauma, namun pastinya sumbangan sedemikian akan dapat meringankan  sedikit bebanan keluarga mangsa.

Kami juga dibawa ketempat kejadian di mana rumah mangsa yang berada di seberang jalan yang hampir rentung keseluruhannya dan masih lagi dilingkari dengan plastik rentang merah yang dipasang oleh Jabatan Bomba & Penyelamat. Kami ditemankan oleh salah seorang keluarga mangsa yang juga merupakan ipar kepada bapa mangsa.

Begitulah perihatinnya pimpinan PAS segeri dan kawasan terhadap sesuatu isu yang sudah pasti tidak ada liputan media perdana yang menwar-warkan atau mengalu-alukan. Difahamkan kesibukan tugasan baru Pesuruhjaya PAS yang memang secara kebetulan pada hari tersebut (semalam) adalah dalam perjalanan ke Kuala Berang untuk menghadiri mesyuarat.

Dalam waktu yang sama, pimpinan DUN juga turut menemani kunjungan YB Pesuruhjaya PAS Negeri terdiri dari Pengerusi MTD DUN Manir Tuan Hj Yusof Embong dan beberapa pimpinan MTD yang lainnya.

Adalah diharapkan kunjungan dan lawatan sedemikian akan menjadi satu amalan dari kalangan pimpinan PAS negeri, kawasan dan DUN selaras dengan gelombang Negara Berkebajikan yang dilaungkan oleh PAS dan Pakatan Rakyat. Dan semoga juga liputan-liputan kegiatan sedemikian akan diwar-warkan kapada masyarakat setempat melalui media-media alternatif seperti laman sesawang ManirKini.

0 comments:

Post a Comment

 
Design by Wordpress Theme | Bloggerized by Free Blogger Templates | coupon codes