Monday 11 July 2011

Sambutan Kepulangan Wira Rakyat TGHA di LTSM

Lapangan Terbang Sultan Mahmud - Hari ini sekali lagi Warga Malaysia dipertontonkan gerakan gelombang rakyat yang tercetus hasil dari Perhimpunan BERSIH 2.0 yang diadakan di Kuala Lumpur 2 hari yang lepas. Hari ini Tuan Guru Dato' Presiden PAS telah diberikan sambutan kepulangan yang luar biasa dengan ribuan rakyat membajiri bukan sahaja perkarangan Pakir Lapangan Terbang, malah telah melimpah ruah membanjiri seluruh kawasan lapang yang berhampiran dengan Lapangan Terbang.

Sewajarnya sambutan kepulangan Wira Rakyat ini yang diusahakan oleh Badan Perhubungan PAS Terengganu diberi liputan yang meluas. Suasana sesak dengan penyokong dan pencinta keamanan serta demokrasi telah bermula seawal sebelum solat Maghrib. Saya yang kebetulan tinggal berhampiran dengan Lapangan Terbang telah membuat beberapa tinjauan sekitar jam 6 petang lagi. Sewaktu jam menghampiri 7.00 petang, seperti biasa Polis telah membuat 3 sekatan jalan raya yang menuju ke LTSM, bermakna kesemua jalan telah "disekat".

Selepas sahaja menunaikan solat maghrib saya bergegas ke LTSM dan jalan telah mula sesak dengan kebanjiran penyokong untuk menyambut kepulangan Wira. Terpampan di Skrin TV LTSM, pukul 2040 adalah jadual pendaratan MAS yang membawa pulang Wira Rakyat. Keadaan telah mula sesak. Begitu sesak sewaktu menghampiri jam 2030. Di ketika itu Kain Rentang dinaikkan dan laungan TAKBIR bergema.

Sejurus selepas pendaratan MAS pada 2040, Tok Guru telah keluar dari balai ketibaan dan laungan TAKBIR makin lantang dan bergema. Pentas untuk Ucapan telah disediakan dan Pesuruhjaya PAS telah membuat ucapan aluan menyambut ketibaan Wira Rakyat ini. Dalam ucapan ringkas Pesuruhjaya PAS menyatakan kewajaran TGHA dinobatkan sebagai Wira Rakyat adalah kerana tidak pernah ada dalam sejarah, Presiden PAS ditangkap oleh pihak pemerintah.

Ucapan ringkas Pesuruhjaya PAS disusuli dengan Ucapan TGHA dengan menggunakan pembesar suara HAILER sahaja tapi cukup jelas untuk mesej disampaikan kepada rakyat yang hadir. Sama sepertimana yang diucapkan sebelum dan selepas beliau ditangkap oleh pihak polis, TGHA konsisten dalam menyampaikan mesejnya bahawa, UMNO dan Barisan Nasional mesti mendengar suara dan kemahuan rakyat. Ianya lebih menjurus kepada sistem pilihanraya yang adil. Peringatan demi peringatan diberikan oleh TGHA terhadap kepimpinan UMNO dan BN.

Beliau terus menerus mengulangi pendirian beliau bahawa, ini hanyalah mukaddimah kebangkitan rakyat. Sekiranya suara-suara dan permintaan ini diingkari, maka UMNO dan BN tunggulah gelombang yang lebih besar lagi malah gelombang-gelombang yang mendatang akan memastikan keseluruhan Negeri Terengganu akan dibersihkan secukupnya dari pemimpin yang kotor dan korup.

Setelah selesai memberikan ucapan yang memberi erti semangat perjuangan, TGHA mengakhiri ucapan beliau dengan membacakan doa orang-orang yang dizalimi.

Sebelum daripada itu, pengerusi majlis ada menyatakan bahawa pada 15/7/2011 ini akan diadakan sekali lagi perhimpunan meraikan wira-wira rakyat yang ditangkap semasa perhimpunan BERSIH 2.0 baru-baru ini kira-kira 200 orang.

Majlis bersurai dengan aman dan pihak polis serta pengurusan Lapangan Terbang Sultan Mahmud memberikankerjasama yang cukup baik.

0 comments:

Post a Comment

 
Design by Wordpress Theme | Bloggerized by Free Blogger Templates | coupon codes