Wednesday 13 July 2011

Maaf Najib, Sudah Agak Terlewat

Tanggal Sabtu, 9hb Julai 2011 sudah menjadi sebahagian dari sejarah lipatan sejarah untuk keseluruhan warganegara Malaysia. Penafian demi penafian yang disuarakan oleh Najib dan pentadbirannya langsung tidak memberi kesan kepada apa yang sudah dilakukan terhadap manusia-manusia yang tidak bersalah. Berkali-kali sudah dinyatakan bahawa hajat untuk berhimpun secara aman adalah hak mutlak yang termaktub di dalam perlembagaan persekutuan Malaysia.

Namun Najib merasakan dirinya terlalu amat berkuasa sehinggakan dia dengan rakusnya menggunakan segala kekuasaan yang ada untuk melakukan kekerasan terhadap orang-orang awam. Diberitakan polis telah menyediakan lebih daripada 150 orang juragambar dari kalangan pegawai polis sendiri untuk merakamkan sebanyak mungkin peristiwa yang berlaku disepanjang peristiwa 9 Julai 2011. Najib memang dangkal ilmu. Memang cetik ilmu. Memang tidak cerdik. Tidak seperti Rosmah Mansor, manusia yang bijak mengambil peluang dan kesempatan untuk meraih apa juga yang dapat memuaskan nafsu serakahnya.

Najib dikelilingi oleh penasihat-penasihat yang dayus dan pengecut. Ditambah lagi Najib meletakkan sepupunya Hishamudin Tun Hussain untuk melindungi tingkah-laku curangnya yang begitu yakin bahawa Menteri Dalam Negeri di bawah sepupunya itu dapat bukan sahaja membendung kemaraan rasa marah rakyat, malah Najib yakin menteri "aaw-aaw" itu dapat menghapuskan terus cita-cita rakyat untuk menganjurkan Himpunan Bersih 2.0 tempohari.

Logiknya, sebagai seorang yang kurang ilmu, dia akan menggunakan nama atas kekuasaan yang diberikan kepadanya dan sebagai seorang yang lemah seperti pondan akan menggunakan apa jua kekuatan fizikal milik orang lain untuk menunjukkan kekuasaan dan kekuatan mereka. Habis segala kekuatan Polis dan FRU sebagai soldadu dan tembok penghalang kepada kemaraan rakyat.

Najib dan Hishamudin lupa bahawa bukan sekali, bukan dua kali malah sudah tidak terbilang kekerapan demosntrasi aman yang dilakukan oleh rakyat. Setiap kali demonstrasi aman dilakukan, maka setiap kali jugalah kedua-dua beradik itu memejamkan mata dan telinga dari melihat dengan mata kepala sendiri bahawa rakyat yang berdemo tidak takut dengan gas pemedih mata, air-air gatal mahupun "cortal" serta sepak terajang "but besi" anggota polis dan FRU.

Kesan dari kerakusan Najib pada hari demonstrasi aman itu, kecerdikan dan ketangkasan 150 orang jurukamera pegawai polis gagal dengan kehebatan jurukamera para peserta demonstrasi. Maka berkatalah Menteri Pondan Dalam Negeri bahawa Polis mempunyai cukup bukti bahawa polis tidak melakukan kekerasan di dalam proses menyuraikan peserta demonstrasi. Katanya lagi sebarang provokasi peserta demonstrasi telah dirakamkam sebaik mungkin dan akan didedahkan kepada umum sebagai bukti.

Itulah pernyataan yang terpacul keluar dari mulut orang yang kurang ilmu dan bertopengkan kelakuan pondan dan setiap gerak geri dan kata-kata.

Ternyata senjata telah makan tuan!

Belum pun sempat demonstrasi aman bersurai, telah perpampan di sani sini melalui media-media elektronik, samada berbentuk sms, mms, video, Youtube dan pelbagai bentuk imej yang canggih tersebar, bukan setakat di Malaysia tetapi sudah tersebar keseluruh dunia. Sesungguhnya, menteri-menteri Najib, samada menteri dalam negeri mahupun menteri komunikasi & multimedia seakan terlupa bahawa, ini adalah era komunikasi tanpa sempadan.

Jesteru, apakah yang mampu diperkatakan oleh Najib sedangkan pemimpin besar dunia dan pertubuhan-pertubuhan antarabangsa telah menyelar dengan hebat kelakuan ganas para soldadu Najib. Pemimpin dunia merasa hairan kenapa negara seperti Malaysia yang menggaotai Suruhanjaya Hak Asasi Manusia yang selalunya lantang menyuarakan bantahan ke atas setiap kekasaran yang berlaku di luar dari negara Malasyia, sedangkan di negara sendiri kekerasan dan hak asasi rakyat seperti perhimpunan aman BERSIH 2.0 dinafikan sekeras-kerasnya.

Apapun itu semua telah berlalu. Kini rakyat hanya menunggu sahaja reaksi dari pentadbiran Najib.

Mutakhir ini, kelihatan Najib menggunakan khidmat manta Perdana Menteri "Tidur" Malaysia untuk sekurang-kurangnya membenarkan perancangan jahatnya. Akan tetapi, waema apa sekali pun yang cuba Najib lakukan sekepas ini, rakyat terbanyak masih menunggu tuntutan BERSIH 2.0, bukan sebahagian, tapi semuanya mesti tertunai dan terlaksana tanpa terkecuali.

Pisau dan mentimun di tangan Najib. Reputasi Najib sebagai Perdana Menteri yang selalu mendahulukan kesusahan kepada rakyat terbanyak sudah hampir reput. Tiada lagi ubat yang mujarab untuk menyembuhkan luka di hati rakyat yang terbanyak. Sekiranya ada, hanya satu sahaja. Najib Mesti menerima tanpa bersyarat segala 8 tuntutan BERSIH 2.0.

Sekiranya itu dilakukan, maka Najib akan berjaya memulihkan sebahagian imej kotor pentadbiran beliau. Jeragat kalau sudah melekat, memang tidak dapat dihapuskan kesemuanya!

0 comments:

Post a Comment

 
Design by Wordpress Theme | Bloggerized by Free Blogger Templates | coupon codes