Sunday 10 July 2011

Liku-Liku Penyertaan Perhimpunan BERSIH 2.0 - Satu Catatan

Manir - Majlis Tindakan DUN (MTD) Manir tidak ketinggalan menyertai perhimpunan BERSIH 2.0. Ada sebahagian peserta yang bertolak seawal sehari sebelum hari berlakunya perhimpunan dan ramai juga yang bertolak pada malam hari sebelum kejadian. Peneyertaan memang tidak dirancang secara ampuh, namun semua yang menyertai saling berhubungan melalui panggilan tetefon bertanyakan keadaan dan suasana di sepanjang perjalanan.

Rombongan kami yang diketuai sendiri oleh Pengerusi MTD Manir, Tuan Hj Yusof Embong dan juga Timbalan Pengerusi MTD, Tuan Hj Shamsul bertolak agak lewat berbanding dengan sebahagian besar rakan-rakan yang lain di atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan. Rombongan kami bermula dari Lapangan Terbang Sultan Mahmud sekitar jam 10 malam. Seperti dijangka, tiada laluan mudah untuk ditempuhi walau jalan mana pun kami gunakan. Seawal Jerangau lagi, kenderaan kami telah ditahan dengan pelbagai soalan bodoh dari petugas sekatan jalan.


Kami melepasi halangan yang pertama dengan senyuman dan ketawa kerana mengenangkan bertapa petugas-petugas sekatan jalanraya memang melakukan kerja dengan menggunakan skrip yang diarah oleh ketua pemerentah yang bodoh. Di sepanjang perjalanan panggilan-panggilan telefon terus bersahutan tanpa henti dan seterusnya kami melewati sekatan yang kedua di pintu masuk Tol Bentong. Saya hanya boleh gambarkan bahawa satu rusuhan yang amat dahsyat akan berlaku di Kuala Lumpur. Begitulah suasana yang dapat dijangka dengan dibarisi petugas-petugas yang lengkap dengan senjata perang hanya bagi mengawasi lalu-lintas. Kenderaan kami diarahkan berhenti untuk pemerksaan rapi dan kami diarah untuk mengeluarkan dan menyerahkan kad pengenalan ke semua penumpang. Ironiknya, kesemua 7 orang rombongan kami dirkodkan dalam buku laporan dan memang ianya mengambil masa untuk mencatatkannya. Akan tetapi, ia tidak sedikit pun menghairankan kami kerana memang petugas-petugas tersebut adalah pegawai polis yang memang senantiasa melakukan kerja bodoh tanpa peri-kemanusiaan. Digeledahnya habis-habisan segala macam beg pakaian.


Kami sudah menjangkakan yang polis-polis tersebut hanya mencurigai kami tentang bahan provokasi perhimpunan BERSIH 2.0 seperti baju-T Bersih dan lain-lainnya. Kedangkalan petugas tersebt memang amat terserlah kerana pada akhirnya tidak satu barang kes dijumpai. Dan juga kami tidak merasa hairan kerana bukan kami sahaja digeledah sedemikian, malah bas-bas pengangkutan ekspres awam juga dilakukan pemereksaan tanpa terkecuali. Akhirnya kami dilepaskan untuk ke destinasi yang seterusnya sehinggalah menghampiri Tol Gombak di mana jam telah melewati jauh melepasi 12 malam. Beratur panjang lagi dengan arahan bodoh dan tolol dengan hanya membuka 1 lorong sahaja jalan selepas tol Gombak amat terasa pelik.


Tidak dapat kami bayangkan bertapa bodohnya tindakan polis apatah lagi telah berulang kali penganjur bersih mengatakan bahawa perhimpunan BERSIH 2.0 adalah perhimpunan aman. Logiknya memang kami, lebih-lebih lagi ahli PAS terlalu akur dengan arahan pimpinan kami supaya tidak melakukan sebarang bentuk provokasi. Jesteru, apakah yang perlu dibimbangi oleh polis-polis UMNO dan Barisan Nasional ini. Daripada 6 lorong memasuki Kuala Lumpur pada hari-hari biasa, hanya 1 lorong sahaja dibenarkan dengan mengecil laluan. Bukankan ini suatu tindak bodoh?


Pun begitu kami berjaya melepasi tol Gombak, akan tetapi kami sekali lagi ditahan oleh polis-polis yang kurang akal. Sambil jam telah pun menunjukkan waktu subuh hampir berlalu, kami sedikit pun tidak nampak akan keresahan atau perasaan bersalah petugas tersebut untuk memberi laluan selesa kepada kami setelah berulang kali kami menyatakan supaya percepatkan atau lepaskan kami untuk melakukan solat Subuh. Memang ternyata sekali Allah telah tutupkan hati mereka kerana mereka sedikitpun tidak menunjukkan rasa bersalah mereka kepada Pencipta Manusia. Nampak sungguh mereka semua itu kena akur arahan manusia kurang akal termasuk Ketua Polis Malaysia. Kami tetap melalui proses pemereksaan seperti sebahagian besar peserta BERSIH 2.0 yang lain. Satu demi satu beg-beg pakaian kami digeledah. Dalam waktu-waktu begitu kami tidak putus-putus memaksa pegawai tersebut melepaskan kami hanya kerana kami mahu bersolat subuh. Langsung pada kami, petugas Islam tersebut tidak takut pada seksaan Allah.


Akhirnya, kami dilepaskan setelah kehendak dan peraturan yang diarahkan kepada mereka dicapai, walaupun mereka gagal mendapatkan apa-apa dari kami. Kami meneruskan perjalanan menuju ke sebuah Stesen Minyak Petronas di Kawasan Taman Lembah Keramat. Setelah sesesai solat, kami menghubungi rakan-rakan yang lain bertanyakan khabar dan situasi. Sebilangan besar masih lagi terperangkap dengan sekatan jalan raya di Tol Gombak. Namun, kami bersyukur kesemua rakan-rakan yang lain, walaupun terperangkap, mereka telah pun selesai melakukan solat subuh di perhentian R & R Gombak. Akhirnya kami berkumpul di Depan Zoo Negara.


Di sinilah sedikit kesilapan strategi berlaku. Akan tetapi, tiada siapa yang perlu dipersalahkan kerana dari awal lagi tidak ada siapa pun mendapat maklumat untuk perancangan strategik dari mana-mana pimpinan atasan. Jelas sekali kami dan rakan-rakan yang lain tertanya-tanya bentuk tindakan seterusnya.

Jam baru menunjukkan sekitar jam 7.30 pagi dan terlalu awal untuk kami membuat usaha untuk memasuki Kuala Lumpur ke tempat berkumpul untuk perarakan ke Stadium Merdeka. Lalu, kami sepakat untuk ke Puchong (ke rumah saya) untuk merehatkan badan setelah seharian (kebanyakan dari kami) tidak mendapat tidur dan makan yang sempurna. Jangkaan kami hanyalah untuk merehatkan badan sedikit. Lagipun kami masih lagi menunggu kalau-kalau ada di atara kami mendapat arahan yang seterusnya dari pimpinan.

Lain yang ditunggu, lain yang dapat. Jam ini telah mula kedengaran FRU dan Polis telah mula membuat tangkapan dan kenderaan awam memasuki Kuala Lumpur dihadkan sehingga jam 12 Tengahari sahaja. Sesuatu yang kami tidak menjangkaa sama-sekali. Maka bergegaslah kami untuk mempersiapkan diri untuk sekurang-kurangnya mendapatkan khidmat LRT untuk ke Kuala Lumpur Sentral di mana rata-rata mengatakan itulah jalan yang paling selamat untuk menyertai perarakan Himpunan Bersih 2.0

Usaha kami pada awalnya agak berjaya kerana dalam jarak yang hanya kurang dari 3 km ke Stesen LRT terdekat, kami masih mempunyai masa 90 mini untuk sampai ke destinasi. Saya mengetuai rombongan (sebagai kereta pertama dari 5 buah kereta) untuk sampai ke situ. Sekali lagi, rombongan kami menerima igauan kerana dalam suasana kereta merayap bagaikan semut, sekali lagi kami dipaksa berhenti untuk pemereksaan lanjut secara menyeluruh. Sekali lagi IC kami dirampas untuk dibuat catatan pada rekod mereka. Seperti biasa, pegawai muruhan upahan UMNO dan BN melengkapkan diri mereka seolah-olah mereka akan diserang oleh bala tentera Singapura. Bersiap-siaga sungguh!

Namun ianya sedikitpun tidak mematahkan semngat kami. Digeledah habis-habisan. Tiada apa dijumpai. Di dalam hati kecil ini, ianya hampir tersasar jauh dari apa yang ditarbiyahkan. Syukur Alahamdulillah, di dalam rasa hati yang amat menyampah dan sakit ini, hati kecil ini sempat juga menasihatkan diri bahawa inilah sebahagian kecil dari MEHNAH perjuangan insan kerdil seperti kami. Bayangan tangkapan yang dibuat terhadap pimpanan PAS telah mula menyelinap di dalam kotak pemikiran. Lantas atas muhasabah kecil dan kesan dari tarbiyah, maka kami terus berdoa agar Allah permudah dan percepatkan urusan pemerksaan.

Setelah soal selidik dan rekodkan kenyataan (dia yang tulis dan dia yang sahkan), kami pun dilepaskan untuk bertolak ke destinasi stesen LRT Bukit Jalil. Alhamdulillah semua rombongan melepasi sekatan tersebut dan kami berbaris menuju ke situ. Malangnya, walaupun masa masih lagi berbaki 1/2 jam, Stesen telah ditutup dan kawasan pakir jelas kelihatan lengang.  Ini menunujukkan stesen telah ditutup. Mual di hati bertapak semula dan semakin membara. Tiada gambaran yang dapat dizahirkan melainkan menampakan muka "frust" masing-masing setelah usaha tidak berhasil. Di dalam suasana berhenti ditengah-tengah Lampu Isyarat, sempat lagi kami berfikir dan bertindak.

Lalu keputusan sepakat kemudiannya untuk pergi ke Stesen Sri Petaling kalau-kalau ianya masih dibuka, Hati kami diuji lagi. Sebahagian dari rombongan kami telah berpecah kerana sesat. Gusarnya dalam hati Allah sahaja yang tahu kerana di sana sini kelihatan pasukan polis peronda berada di mana-mana sahaja. Pada saat itu, kami betul-betul merasakan seolah kami berada di Negara Timur Tengah yang sering dimomokkan dengan rusuhan. Terbayang sungguh suasana rusuhan bakal berlaku.

Di dalam menunggu rakan-rakan yang lain tiba (kami berhenti di kaki Lima Lebuhraya KESAS), kami telah mula melihat kelibat kereta peronda polis menuju ke arah kami dengan memberi Isyarat untuk kami berhenti untuk pemerksaan. Lalu kami berhenti. Kami berasa pelik. Kalaupun nak suruhkan berhenti, tak perlu menunjukkan riaksi kami ini adalah pesalah atau penjenayah. Bersenjatakan Short Gun, kami digeledah dan dipereksa. Kami dipaksa untuk menyerahkan kad pengenalan. Amat menghairankan kami, hanya dengan 2 petugas sahaja, apa yang mereka mampu lakukan selain dari untuk melengah-lengahkan masa dan menakut-nakutkan kami.

Setelah pemereksaan dibuat, kami diarahkan untuk beredar dan memang hasrat kami untuk beredar dari situ. Dalam suasa kelam kabut dan pemikiran kusut masai, kami telah tersalah pilih jalan dan jalan tersebut mengarahkan kami ke Putrajaya. Sekali lagi perasaan mual yang membuak-buak melanda kotak pemikiran kami. Bertapa manusia yang bernama anggota polis ini dianugerahkan otak yang amat bodoh oleh Allah. Tidak langsung boleh membezakan yang baik dan yang jahat. Bagi mereka, setiap arahan dari pegawai atasan mesti diikuti sepenuhnya tanpa bantahan. Mereka mesti Walaq kepada pimpinan (aku pun tak tau mereka faham atau tidak walaq).

Lalu destinasi seterusnya, setelah dinasihatkan oleh Pengerusi DUN (saya fikir pengerusi DUN telah mula melihat yang saya telah mula hilang sabar) untuk berhenti rehat di Perhentian R&R Lebuhraya Putrajaya. Di sinilah kami mula merancang kembali, tetapi jam sudahpun melewati jam 1230 tengahari. Kami bersepakat untuk ke Stesen Komuter KLIA Transit di Putrajaya untuk ke Stesen KL Sentral. Sekali fikiran ini masih belum tenteram memikirkan arah yang sebenar untuk dituju. Dalam suasana sedemikian, kami tersesat (bukan tak tau tapi dah mamai), berpusing-pusing disekitar Cyberjaya. Berputar-putar. Perasaan kecewa menyelubungi kerana kami telah memikirkan tiada lagi laluan yang membolehkan kami menyertai perarakan BERSIH 2.0.

Dalam suasana sedemikian, kami sampai ke Masjid Putrajaya. Bersolat di situ. Jelas sekali, sebilangan besar dari kami telah memperlihatakan kekecewaan masing-masing. Masa telah melewati jam 230 petang. Semakin banyak berita diterima berkaitan dengan penangkapan pimpinan utama PAS termasuklah Tuan Guru Presiden.


Walaupun marah yang amat bergelora, namun kami tidak dapat berbuat apa-apa. Kami sudah hampir putus asa kerana pelbagai laluan untuk ke sana telah disekat. Pilihan terakhir kami ialah menuju ke Masjid Jamek KL. Walaupun di dalam hati ini, ini adalah tidak mungkin, kerana MAsjid Jamek adalah pusat tumpuan demonstrasi. Mana mungkin ia dibuka. Akan tetapi, saki baki perasaan untuk sekurang-kurangnya melihat sendiri kesan dari berjayanya demonstrasi BERSIH 2.0 menghantar memorandum seperti yang dirancang, kami terus juga perjalanan. Waktu sudah menghampiri jam 4 petang.


Sesampainya di stesen pertukaran komuter/tren, terpampan jelas notis menyatakan beberapa stesen LRT telah ditutup termasuklah stesen Masjid Jamek. Kami tahu, sudah tiada lagi harapan buat kami untuk sekurang-kurangnya melihat cebisan demonstrasi BERSIH 2.0. Kami gagahkan juga semangat untuk sekurang-kurangnya membuktikan kedatangan kami ke Kuala Lumpur bukanlah untuk tujuan santai, akan tetapi kekangan dan kongkongan oleh pihak berkuasa yang begitu bermaharaja-lela dengan tonggak kuasa yang diluar batasan yang dibenarkan oleh sistem demokrasi, maka hak kami untuk berdemo telah dinafikan sedemikian rupa.


Sesampainya kami dihentian Bandaraya, tiada lagi yang dapat kami lihat selain daripada saki baki pendemonstrasi yang telah mula bersurai dalam suasa yang amat letih. Malah kami masih lagi dapat mengesan bau gas pemedih mata yang masih melekat pada badan-badan mereka.

Kepada mereka yang berjaya meloloskan diri ke ruangan demonstrasi, kami mengucapkan syabas dan tahniah dan kepada sebahagian dari kami yang tidak dapat meloloskan diri, anggapalh itu adalah cubaan dari Allah juga. Kita simpan semangat juang ini selaras dengan kenyataan akhbar Dato' Presiden PAS yang menggesa kerajaan untuk mengambil-kira permintaan rakyat hasil dari demonstrasi aman BERSIH 2.0 ini. Sekiranya kerajaan gagal bertindak, maka tunggulah gelombang kebangkitan yang seterusnya.

Bukanlah niat kita untuk berdemonstrasi akan tetapi peluang  dan jalan terakhir ialah melalui proses demontrasi sekiranya kesemua 8 tuntutan tidak dapat dipenuhi oleh pemerentah. Jadi, bersamalah kita menyimpan saki baki semangat perjuangan menuntut sistem pilihanraya yang bebas dan adil.

Sama-sama kita tunggu jawapan dari Najib dan sekutu-sekutunya.

1 comments:

pejuang agama said...

sedih cerita nie.......hohoho

Post a Comment

 
Design by Wordpress Theme | Bloggerized by Free Blogger Templates | coupon codes