Wednesday 14 September 2011

Kunjungan Ke Rumah Mas'ul MTD Manir

September 14, 2011 sekitar jam 9:30 malam merupakan malam atau hari yang amat bersejarah bagi keseluruhan MTD DUN Manir, khususnya bagi Pengarah & seluruh AJK MTD serta ahli-ahli PAS Manir amnya. Ini adalah kerana, malam tadi merupakan malam atau hari yang julung-julung kalinya telah berlangsung satu pertemuan  yang penuh bermakna di kediaman rasmi Mas'ul Dun Manir, Dato' Tuan Guru Haji Harun Taib sempena kunjungan rasmi kami.

Pertemuan yang boleh diertikan sebagai kunjungan "Hari Raya" sempena bulan Syawal ini pada asalnya telah diaturkan semasa mesyuarat bulanan MTD Manir baru-baru ini. Ternyata sebahagian besar AJK MTD hadir bagi meraikan kunjungan tersebut merupakan mereka yang sudah biasa dengan suasana kediaman Dato' Tuan Guru dan ada sebahagian nya merupakan kunjungan yang pertama ke kediaman beliau yang amat sederhana itu. Untuk makluman, kediaman Mas'ul hanyalah di satu sudut yang kecil Markas Tarbiyyah Kubang Lembek.

Kunjungan dimulakan dengan ucapan aluan dan rakaman terima kasih bagi pihak MTD terhadap Dato' Tuan Guru oleh Pengarah MTD DUN Manir, Tuan Haji Yusof Embong di atas kesudian mas'ul dan keluarga beliau menerima kunjungan kami. Alhamdulillah, sewaktu kunjungan kami, Dato' Tuan Guru kelihatan begitu ceria walaupun beliau memberitahu yang beliau sedikit kurang selesa semenjak beberapa hari lepas sekembalinya beliau dari menghadiri mesyuarat PAS Pusat.

Di dalam kunjungan tersebut, pengarah MTD telah meminta Dato' Tuan Guru menyampaikan amamat atau kata-kata semangat kepada seluruh AJK MTD yang hadir agar ianya mendapat suntikan yang baru
dalam memacu perjuangan parti khususnya di peringkat DUN Manir tambah-tambah lagi dalam suasana PRU 13 yang kian hampir.

Alhamdulilah, permintaan kami diterima oleh Dato' Tuan Guru dan beliau telah memulakan sentuhan beliau dengan cara merujuk kepada sirah perjuangan Rasullullah dalam menyebarkan syiar Islam. Ramai yang terpegun dengan kaedah dan gaya yang amat bersahaja beliau (tidak seperti suasana beliau menyampaikan kuliah mingguan) dengan beliau memberitahu sejarah beliau terlibat dalam perjuangan PAS di Kawasan Manir seawal tahun 1978 untuk kali yang pertama dan seterusnya pada tahun 1982 hinggalah sekarang semenjak beliau kembali dari Mesir (barangkali).

Bermula dari kisah beliau menceburkan diri dalam perjuagan PAS di Manir sehinggalah beliau menjawat dengan pelbagai jawatan tertinggi baik di peringkat Pusat dan Negeri, beliau tidak habis-habis menceritakan perihal perjuangan Rasullullah dalam menentukan kemenangan sebagai satu kaedah atau pendekatan yang mesti diguna-pakai dalam mengharungi perjuangan yang dituntut ini. Pelbagai contoh yang ditunjukkan oleh Rasullullah telah diceritakan dalam pertemuan singkat itu, di samping pelbagai contoh dan pendekatan yang beliau sendiri telah lakukan di sepanjang perjalanan beliau sewaktu memegang pelbagai jawatan-jawatan penting dalam parti samada sebelum atau sewaktu proses pilihanraya.

Telalu banyak contoh yang diberikan, dan di dalam sedar atau tidak terasa bertapa perjuangan itu memerlukan pelbagai rencah untuk mengecapi kemenagan. Beliau sempat menerangkan pelbagai taktik menangani tekanan dari dalam dan luar parti sama ada semasa atau sebelum pelihanraya. Jelasnya, di dalam mengharungi perjuangan ini yang merupakan medan dakwah, Dato' Tuan Guru memang merupakan seorang yang cukup bijak dan berilmu dalam mengatur strategi. Untuk itu, maka tidak menjadi satu kehairanan untuk beliau terus menerus menang dalam setiap pilihan raya atas sifatnya yang lengkap sebagai pemimpin; berstrategi, berilmu dan beramal.

Sesi petemuan yang diisi dengan suntikan baru dengan idea-idea dan pandangan bernas Dato' Tuan Guru berlangsung selama hampir 1 jam 15 minit (InsyaAllah akan divideokan selepas ini) dalam suasana yang amat-amat harmoni itu diakhiri dengan sesi soal-jawab berkaitan dengan halangan-halangan masa kini yang dihadapi dalam menentukan kemenangan yang berterusan.

Akhirnya, para tetamu yang hadir, dihidangkan dengan juadah Nasi Minyak dan ketupat (daun palas) sesuai dengan suasana "mood" hari raya yang masih berlangsungan di sebahagian besar seluruh Negara.

Kami di Manirkini mewakili seluruh AJK MTD merakamkan sebesar-besar penghargaan kepada YB Dato' Tuan Guru di atas kesudian beliau menerima kunjungan kami dengan pengisian amanat-amanat yang amat pengting bagi kami sebagai bekalan dalam meneruskan kesinambungan perjuangan Parti PAS di Manir khasnya dan di Malaysia amnya. Semoga kunjungan itu dilimpahkan barokah oleh Allah dan direkodkan sebagai satu amalan ayang baik.


0 comments:

Post a Comment

 
Design by Wordpress Theme | Bloggerized by Free Blogger Templates | coupon codes